BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 7, 2010

-StreSs,KUcinG,kAwaN daN mEndEkaTi ZinA-

Bismillahirrahmanirrahim…

Hey~peace be upon you all.=)

Mood ~ Feeling cheated.

Mp3 ~ Im Not Missing You, by Stacie Orrico.

Quote of the Day ~ Never, ever, trust a man.

Orang cakap,membelai kucing mengurangkan stress. Betulkah? Aku pun tak tahu. Haha. Tapi memandangkan aku adalah seorang penchenta kuceng, maka aku mengatakan bahawa fakta ini sebenar-benarnya betul. Ngeh. HAHA





masa ceramah Maal Hijrah. kucing ni tiba-tiba datang lepak sebelah aku.haha...sweet.

Kucing oh kucing. Suka tengok gelagat diorang. Ada yang gelikan kucing, ada yang bencikan kucing. Tapi dari kecil, aku memang suka gila-gila-gila kat menatang berbulu yang manja itu. Yeahhh. Kucing pun binatang kesayangan Abu Hurairah kan? =^,,^=(miow~!) ahahaha. Hmm. Tambah pula dalam kebosanan+kefrustan+kebengongan+keserabutan+kebiulan+kesedihan+an an an+doraemooomm~ aku sekarang ni, I really need to pet a cat right now. Or just… watch them frolicking around. Haha.

So… kenapa aku jadi macam ni? hmm.

Seriously, aku teringat zaman aku kecik-kecik dulu. Zaman form 1, form 2 form 3 tu. Zaman tu, aku, err, fobia terhadap kaum berlawanan dengan aku.(lelaki la senang cakap.) kenapa? Entah. Nampak diorang berkumpul ramai-ramai kat satu tempat, terus aku pusing 360 darjah, lalu je ikot lain. Segan, malu, rimas, macam-macam lah bile mata diorang tu pandang aku. Apasal ea? Maybe sebab masa tu tahap pemalu aku tu mencapai maksimass punya. Ye la, nak buat presentation depan budak-budak kelas aku yang seramai 22 orang pun aku ketar lutut. Haiyomak. Haha. Pakai tudung time tu tak nampak mata. (bukan yang macam ‘tudung itik’ tuh.aku pakai tudung tu kedepan sangat. Ngeh~.) tambah pulak aku budak sekolah agama masa tu. (achewah.) so mendengar pelbagai cerita dan tazkirah tentang mata dan imaginasi lelaki, makin aku takoooot. Makk! hebat betul aku masa tu. Memang budak baik la. Jalan pun tunduk. Cakap dengan lelaki pun aku tak pandang sangat muka. Boleh bilang ramai mana lelaki aku tegur sepanjang tiga tahun aku duk sekolah agama. Wah wah wah…

Naik form 4, aku pindah sekolah. Ke sekolah harian biasa. What happen then? Status aku sebagai ‘ex budak sekolah agama’ tu masih berbekas. Walaupun aku memang culture shock, still, Alhamdulillah, dengan pertolongan kawan-kawan aku,(Diyana,Athirah,Ashikin dan Akmal) aku masih mampu maintain siapa diri aku. Alhamdulillah sangat-sangat. Terima kasih korang!haha. Pergaulan pun aku still teragak-agak bila mahu duduk sebelah lelaki, or mahu bercakap dengan diorang. Tapi…

Bila keyakinan bertambah, macam-macam aku mahu buat. Dari budak perempuan yang tak berani, even mahu bercakap depan kelas sendiri, aku beranikan jugak diri aku masuk perbahasan bahasa Inggeris. And akhirnya, aku diterima. Dan apabila team kami berjaya mendapat naib johan negeri, syukur, aku pun tak percaya pada kebolehan diri aku.(and team kitorang. Sekolah aku bukan sekolah premier/pape. Just sekolah harian biasa. Dapat naib johan negeri tu memang dah kira satu kejayaan besar,maybe tak macam sekolah korang semua. Apalah sangat kami ni.)Berterima kasih sangat-sangat kepada kawan-kawan dan Teacher Zaleha/Teacher Nik/Teacher Norafidah/Cikgu Musa(argh!semua guru-guru yang mengajar dirikuh!) sebab bantu aku mencari kemampuan diri aku. Jasamu dikenang, cikgu!!!

Yeah. Aku dah ada keyakinan. Even aku ni seorang yang tak lawa, gemuk, huduhs, aku masih boleh tengok cermin dan katakan, “Syafiqah! You’re the bomb today baby! Come on, show ’em your best strut!” yeahh. And… aku mula mencuba berkawan dengan boys. I mean, menjadi kawan rapat. Huhu.

So, memang aku akui, walaupun aku macam ni,(payah percayakan seseorang) aku masih lagi seorang yang sangat naïf. Aku jenis yang… payah nak percayakan seseorang. Tapi once aku dah percaya, aku akan… entah. Jadi macam ni la. Jadi percaya sangat-sangat. (tak la sampai jual diri. Haha. Jangan pikir lain.aku still jaga kredibiliti aku,haha) or dengan kata lain la. Aku percayakan kawan-kawan aku. Aku memang seorang yang sangat… maybe. Setiakawan. Aku jenis yang “tak lah. Maybe dia naik motor dengan abang dia kot?” and, untuk senang cerita, aku pergi tanya sendiri. Aku jenis macam tu. Jenis senyap, tapi aku memang outspoken bila diminta. Kalau korang tak mintak, diam lah aku. Haha. And aku juga, memang pantang bercakap manja dengan lelaki. Tak suka. Memang, suara aku dalam phone agak… ergh. Dah ramai yang cakap “suara awak best la…lembut je…nak kiss boleh tak?” ceh, penampo nak tak? DUSYUMMMM. Aku memang camni, nak buat camna. Takkan mahu buat suara kasar pulak. Dah fitrah aku sebagai perempuan, memang suara aku…ehem. Lembut. Even dah try bertegas, selalu je kecundang.=_=(perlu kurangkan phone conversation dengan boys.)tak pun mesej-mesej yang berbaur manja.

“awk2…awk nga uat pew ue…?bz ea…itew da lme tnggu awk reply taw...”

“awk..plez..awk jgn majuk…olo…nk mnje2 kit dgn awk pn ta bley…”

“ta la..sy mnjew dgn awk jew tw…J (smiley byk2)”

Mak aih… yes. Aku akui! Memang aku macam ni. Sekarang… aku dah nekad!!! Aku nak berubah. Aku nak jadi lebih tegas. Tapi tak mahu sampai berkasar, buat lelaki tu terasa. Eh, cuba bayang… bayangan je eh! Haha, kalau cakap manja-manja camni kat sorang boy tue… dan boy tu tiba-tiba cakap;

“Ape…ape? Ape nak manja-manja? Cakap leklok takleh ke? Aku pannggg kang… !!!”

MWAHHAHAH!!!

Meh, kita renung sekejap:

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti’

Lelaki punyai kekuatan, bukan pada tubuh badan. Tapi kekentalan menghadapi cabaran seorang perempuan.

Diambil dari: http://www.rakanmasjid.com/artikel/25-lain-lain/189-administrator.html

Tapi sekarang, jika ada yang bermanja sebegituh dengan boys, ramai yang akan melt bak aiskrim ditengah kepanasan iklim khatulistiwa. Tambah pulak perempuan lawa. Blurbrbbrbbr….

Nak cari yang macam dialog diatas ini memang payah. Tak pun, dengan kawan-kawan perempuan dia bertegas la. Dengan perempuan yang diorang minat, mesti bergentleman la. Mana boleh kasar-kasar. Kan?

Bukan salah mereka jua… memang,its their weakness. Ada sebab mengapa perempuan diciptakan lembut, manja. Kerana mereka mampu mencairkan ego yang sekeras kek aku buat tapi tak jadi, dan menundukkan ego yang setinggi Menara Dubai. Namun… manja tu biarlah bertempat. Bukan kat boyfriend. Bukan kat semua lelaki yang ajak kita berchatting, bermesej. Tapi kat husband. Reti sabar boleh tak? Reti? Pandai tak? Time kahwin tu buat lah semua yang korang nak. HAHA. Tak payah bimbang dah masa tu. Tak payah was-was dengan apa yang korang buat. ^^

Hmm. Kulit lain, isi tetap sama. ß ni sebab aku sedih, aku frust.

Kulit kata kawan, tapi cara mesej tu… ait. Tak macam kawan pun? Manja-manja gitu. And such. Memang, bila korang baca pembebelan aku diatas sana, memang tiada kaitan dengan apa aku cakap sekarang ni. Tapi sebenarnya, ada. Tengok bawah.

1) Aku memang percayakan kawan aku.

2) Aku memang tak suka bermanja dengan lelaki.

3) Dan disebabkan dua perkara diatas, aku sedih.

Koklusi mengapa, korang fikir sendiri. Aku menulis bukan untuk orang lain, aku mahu menegur diri aku. Nak menguatkan apa yang lemah. Aku memang dah lemah sekarang. Mudah hanyut, mudah lagha. Maaf kalau apa yang aku membebel kat sini buat korang terasa. Maaf ya.

Wallahualam.

Salam Ukhuwah semua.=)

Saturday, December 4, 2010

The Veiled Girl


On those plain days, I will walk the street

Catching my way through people, counting at my own heart beat

Each glances of the passersby I meet

I modestly lower my gaze, looking down at my feet.


As they see me, I can see the look of their eyes

Are lit from feel of respect or mocking lies

What or how they see me, those doesn’t bother

For who I am by the side of Allah, which is the only matter


Some may wonder why I am covered to my feet

Bundled up in clothes in cold or heat

I wish they all could comprehend and see

I am doing this all for Allah, the Almighty


This clothes I wear isn’t a mark of weakness

I am covering myself for much bigger greatness

I feel free and protected from vicious eyes

My faith for Allah is strong even they try to denies


One day, you may see that girl

Modestly making her way through people

And maybe, one day you’ll see

How its like to be me.



Friday, December 3, 2010

Memories,Memoirs.

Bismillahirrahmanirrahim...


Peace be upon you.^^

How are you guys today? Im just...fine. Maybe. Maybe not. Ahaha. Not after what I’ve seen.

You see, here’s the thing. I have been surfing and blogwalking for the past few hours. Still bored, I decided to visit my fs page (since to be considered, I haven’t updated it for a long…long time, lol. Maybe, approximately one year.) Well, yeah, I went on checking my pictures from high school, year-old comments and such. And guess what? I stumbled upon his comments.

Unable to stop myself, I read it.

The whole… thing. And it make me smiled. It is… so sweet. So innocent. I am so naïve, so trusting…

Haha. Now…everything is… even the word ‘bitter’ can’t describe this. While reading it… there’s a sense of loss inside my heart. You see, I’m not the type that easily let go of somebody. Never. I am not that type. In fact, I hate to lose a friend. Nevertheless, what can I do if he never wants to fix things up?

Am I living a lie? I don’t know. I don’t think so. If I am, why can’t he mend me?

Those comments… haha.

It’s the first step for us. Then, who knows we become best friends?^^

Now, everything is a blur. I am just waiting for the right moment for everything to crash, to ruin. I just can’t keep this going anymore. Up to him, if he wants to pursue for his love, I can’t stop him. Just… go on then.

I’ll wish the best for him. Besides, I’m no one to be compared to him. Yeah. Who am I? I am just a normal girl with a normal face. Normal attitude, normal life, I am just… me. I am not unique or different in his eyes. I’m just someone he’ll stumble upon every day. Of course, he can… well. Find someone better. Prettier. Someone who’s not… plain looking, average looking like me. I am broken, I will not pretend I am not. I am broken. Especially when I lose two persons almost at the same time.

For Mr.Cornflake, rest in peace. Al Fatihah for you.

And ‘him’… yeah. He is still alive, breathing.

I’ll just pray the best for him. Maybe it’s the best for him as well. To move on. I always believe he had this potential in himself- he just… never see it.

Maybe one day he’ll be a great man, Insya Allah.

Too bad, I can’t be there…



Because you are already out of reach...

Tuesday, November 30, 2010

Doa Mengelakkan Dirogol Dan Dicabul

Doa Khusus Elak Rogol & Cabul : Amalkanlah
Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak
Di Rogol & Cabul

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.



Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)



Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.


اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ


DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )


Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.


Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.


Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.


Fikirkanlah.


Sekian


Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

12 Ramadhan 1428 H

24 September 2008






P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN.



(dipetik dari sumber diatas)

Sunday, November 28, 2010

Tiga Belas Aurat Wanita....


TIGA BELAS AURAT WANITA
(diambil dari facebook)


Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

Kaki memakai gelang berloceng – Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .

Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah. Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.




(selalu gagal dalam menutup aurat.terutama mata dan suara.arghhhh)

Tentang 'Relationships.'

Bismillahirrahmanirrahim...


Aduh. Haha. Cuba merajinkan diri dengan blog. Aku ni bukannya makhluk yang rajin menaip benda yang keluar dari hati aku. haha~

Lazy and Proud Pictures, Images and Photos

Yeah, time umur 12-15 dulu memang aku rajin sesangat. *ketawa* siap ada diari woohs. Bila baca balik diari aku tue, boleh aku gelak sorang-sorang. *senyum* naïf betul aku dulu. Tambah pulak dalam diari tu sume pasal…ehem, boys. Crush kat mamat tue, crush kat mamat ni. Yeah… aku dah lost someone. Not just a person, but three. Dua meninggal, sorang tinggal aku selamba kodok je. Ahaha. Tapi takpa… aku respek decision dia. Mahu buat macam mana kan? Kan? Kan? *tenung korang dengan mata bulat sampai korang angguk* mwahahahahah~!*gelak ala-ala penjahat*


Astaghfirullahalazim. Sampai bila entah aku mahu jadi macam ni. Ambil mudah dengan ‘hablum minallah’ aku. Terlalu….iyargh! syafiqah… wake up wake up. Sampai bila? Aku harus ingat… what happen to me previously. Sampai… man! Sampai aku takut nak…err… fall in love. Ahahaha… or… it is just because of me…?

*tiba-tiba rasa rendah diri*

Eheheh.

Ignore me. Sekarang cuma mahu perbaiki hablum minallah aku. Dah teruk sangat-sangat. Kenapa aku asyik kejar dunia? Nak dapatkan hormat orang lain sampai aku….

Lupa hormati diri aku sendiri?

Huuh. Aku terlalu sibuk nak baiki hubungan aku dengan si A ni or si B ni, sampai aku lupa. Kenapa aku tak baiki dulu hubungan aku dengan Pencipta aku sendiri ya? Or… mengapa aku tak menangis minta hubungan aku denganNya kembali elok macam aku buat pada makhluk-makhluk ciptaannya?

Astaghfirullahallazim.



Praying Pictures, Images and Photos

Sunday, August 15, 2010

of life.

so.here it is.satu hari tu kan,aku pergi ar ke kuala terengganu dengan pakcik/makcik/umi aku.kebetulan pakcik aku nak pergi ke satu tempat perubatan tradisional nih.(kire tempat tu ok ar,x mngarut2 sgt.hu3)aku pun gatal2 ar pegi check gak...hahaha,kebetulan dah ade tempat tu kan.bile dy check...(dengan check nadi)~


"uish,darah awak.rendahnye,"

err.yang tu,mmg aku x dapat sangkal.seriously.dah banyak kali aku pass out(secara tiba2)and aku(selalu!!!)penat.pelik,kan.haih~.so,pakcik tu bagi tiga jenis ubat yang aku perlu makan,along dengan tiga ubat lain yang aku perlu beli kat farmasi.

(da ar mahal gilo obat farmasi tuh.haih~)

-ferrous furumurate
-folic acid
-cod liver oil

mak aih.so..after browsing on the internet...aku rase aku x ambik kot ferrous furumurate?sbb dlm folic acid yang aku beli tuh da ade ferrous...tapi ferrous sulphate.hehe.ntah.better aku tnye someone else yg lbih arif.hurm3.