BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 4, 2010

The Veiled Girl


On those plain days, I will walk the street

Catching my way through people, counting at my own heart beat

Each glances of the passersby I meet

I modestly lower my gaze, looking down at my feet.


As they see me, I can see the look of their eyes

Are lit from feel of respect or mocking lies

What or how they see me, those doesn’t bother

For who I am by the side of Allah, which is the only matter


Some may wonder why I am covered to my feet

Bundled up in clothes in cold or heat

I wish they all could comprehend and see

I am doing this all for Allah, the Almighty


This clothes I wear isn’t a mark of weakness

I am covering myself for much bigger greatness

I feel free and protected from vicious eyes

My faith for Allah is strong even they try to denies


One day, you may see that girl

Modestly making her way through people

And maybe, one day you’ll see

How its like to be me.



Tuesday, November 30, 2010

Doa Mengelakkan Dirogol Dan Dicabul

Doa Khusus Elak Rogol & Cabul : Amalkanlah
Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak
Di Rogol & Cabul

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.



Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)



Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.


اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ


DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )


Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.


Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.


Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.


Fikirkanlah.


Sekian


Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

12 Ramadhan 1428 H

24 September 2008






P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN.



(dipetik dari sumber diatas)

Sunday, November 28, 2010

Tiga Belas Aurat Wanita....


TIGA BELAS AURAT WANITA
(diambil dari facebook)


Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

Kaki memakai gelang berloceng – Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .

Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah. Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.




(selalu gagal dalam menutup aurat.terutama mata dan suara.arghhhh)

Tentang 'Relationships.'

Bismillahirrahmanirrahim...


Aduh. Haha. Cuba merajinkan diri dengan blog. Aku ni bukannya makhluk yang rajin menaip benda yang keluar dari hati aku. haha~

Lazy and Proud Pictures, Images and Photos

Yeah, time umur 12-15 dulu memang aku rajin sesangat. *ketawa* siap ada diari woohs. Bila baca balik diari aku tue, boleh aku gelak sorang-sorang. *senyum* naïf betul aku dulu. Tambah pulak dalam diari tu sume pasal…ehem, boys. Crush kat mamat tue, crush kat mamat ni. Yeah… aku dah lost someone. Not just a person, but three. Dua meninggal, sorang tinggal aku selamba kodok je. Ahaha. Tapi takpa… aku respek decision dia. Mahu buat macam mana kan? Kan? Kan? *tenung korang dengan mata bulat sampai korang angguk* mwahahahahah~!*gelak ala-ala penjahat*


Astaghfirullahalazim. Sampai bila entah aku mahu jadi macam ni. Ambil mudah dengan ‘hablum minallah’ aku. Terlalu….iyargh! syafiqah… wake up wake up. Sampai bila? Aku harus ingat… what happen to me previously. Sampai… man! Sampai aku takut nak…err… fall in love. Ahahaha… or… it is just because of me…?

*tiba-tiba rasa rendah diri*

Eheheh.

Ignore me. Sekarang cuma mahu perbaiki hablum minallah aku. Dah teruk sangat-sangat. Kenapa aku asyik kejar dunia? Nak dapatkan hormat orang lain sampai aku….

Lupa hormati diri aku sendiri?

Huuh. Aku terlalu sibuk nak baiki hubungan aku dengan si A ni or si B ni, sampai aku lupa. Kenapa aku tak baiki dulu hubungan aku dengan Pencipta aku sendiri ya? Or… mengapa aku tak menangis minta hubungan aku denganNya kembali elok macam aku buat pada makhluk-makhluk ciptaannya?

Astaghfirullahallazim.



Praying Pictures, Images and Photos

Sunday, August 15, 2010

of life.

so.here it is.satu hari tu kan,aku pergi ar ke kuala terengganu dengan pakcik/makcik/umi aku.kebetulan pakcik aku nak pergi ke satu tempat perubatan tradisional nih.(kire tempat tu ok ar,x mngarut2 sgt.hu3)aku pun gatal2 ar pegi check gak...hahaha,kebetulan dah ade tempat tu kan.bile dy check...(dengan check nadi)~


"uish,darah awak.rendahnye,"

err.yang tu,mmg aku x dapat sangkal.seriously.dah banyak kali aku pass out(secara tiba2)and aku(selalu!!!)penat.pelik,kan.haih~.so,pakcik tu bagi tiga jenis ubat yang aku perlu makan,along dengan tiga ubat lain yang aku perlu beli kat farmasi.

(da ar mahal gilo obat farmasi tuh.haih~)

-ferrous furumurate
-folic acid
-cod liver oil

mak aih.so..after browsing on the internet...aku rase aku x ambik kot ferrous furumurate?sbb dlm folic acid yang aku beli tuh da ade ferrous...tapi ferrous sulphate.hehe.ntah.better aku tnye someone else yg lbih arif.hurm3.

Saturday, July 31, 2010

im ready!!!

bring on the rain Pictures, Images and Photos


oyeah bebeh.bring it on!!!!

so...what am i ready for?hurm.i dont know.being kicked,plunged,drowned, threw and dumped by my life has teach me a lot of things.not to be too naive,especially.so what have changed me so dramatically?him,of course.heh(never trust a boy!!!)


Thursday, April 15, 2010

uuuhhh....


Funny Yui Pictures, Images and Photos

pnas tol tganu lately...and all that i do is lying around.guling2...isk3...x taw nak wat pe...adusss!but....mwahaha.ltely...lepas umi smbung blik internet connection...ngeh3...i get too excited.


OMG LOL!!! Pictures, Images and Photos

huuh!idea mncurah-curah!law x xkan kemaen pnjang blog aku kat bawah sinun?huuuiihh...even xde org bace blog aku...x kesah la...hehe lgi pun aku bnyk mrepek je...kah3